Asus VivoBaby Ingin Memudahkan Anda Memantau Bayi Anda

Asus VivoBaby Ingin Memudahkan Anda Memantau Bayi Anda

Diterbitkan pada June 2, 2016 oleh .

Terdapat sejumlah produk pintar yang terdapat di pasaran dalam memudahkan pengguna memantau bayi atau anak kecil mereka. Kini, Asus turut tidak ketinggalan dan hadir dengan sebuah produk yang dinamakan sebagai Asus VivoBaby.

Asus VivoBaby

Asus VivoBaby merupakan sebuah peranti bersaiz kecil yang boleh memantau suhu badan bayi, kadar denyutan nadi, dan juga pergerakkan bayi. Ia turut boleh memantau kualiti tidur bayi dan memberikan anda notifikasi sekiranya terdapat sebarang perkara.

Untuk menggunakannya, Asus VivoBaby ini boleh dipasang di beberapa tempat, termasuk pada baju bayi atau pada stokin bayi. Ia hadir dengan bahan binaan mesra bayi dan berhubung ke peranti pengguna menggunakan sokongan Bluetooth. Melaluinya, ia memastikan anda dapat kekal memantau aktiviti bayi anda walaupun tanpa berhubung ke internet.

Asus tidak berkongsi mengenai harga jualannya buat masa ini.


TIPS & ULASAN