Huawei P9 Plus Berharga RM2599, Akan Dijual Bermula 10 Jun 2016

Huawei P9 Plus Berharga RM2599, Akan Dijual Bermula 10 Jun 2016

Diterbitkan pada June 2, 2016 oleh .

Huawei Malaysia sebelum ini telah mengumumkan penawaran dua peranti dibawah keluarga Huawei P9 di pasaran Malaysia, iaitu Huawei P9 dan Huawei P9 Lite. Hari ini, mereka menambah satu lagi peranti baru dibawah penawaran mereka, iaitu Huawei P9 Plus.

Huawei P9 Lite

Huawei P9 Plus hadir dengan skrin 5.5-inci AMOLED dengan paparan HD penuh dan turut dilengkapi dengan teknologi Press Touch yang menawarkan fungsi seumpama 3D Touch pada iPhone. Menjana peranti ini juga adalah Kirin 955, memori sehingga 4GB RAM dan bateri berkapasiti 3400mAh. Ia turut hadir dengan sokongan IR Blaster untuk mengawal peralatan elektronik. Peranti ini turut hadir dengan sokongan dwi-kamera belakang berjenamakan Leica – yang mana menawarkan sokongan rakaman dalam bentuk monochrome dan juga berwarna.

Untuk pengguna tempatan, dengan pembelian Huawei P9 Plus juga, pihak Huawei Malaysia menawarkan jaminan tukar satu-ke-satu selama 12 bulan, jaminan tukaran skrin LCD selama tiga bulan, dan nombor telefon bantuan khusus untuk Huawei P9 Plus.

Huawei P9 Plus akan dijual pada harga RM2599 dalam pilihan warna emas dan juga kelabu. Huawei P9 Plus boleh didapati bermula 10 Jun 2016 melalui laman Lazada dan juga VMall.


TIPS & ULASAN