Samsung hari ini telah memperkenalkan dua peranti boleh-pakai mereka dengan fokus terhadap kecergasan dibawah keluarga Gear, iaitu Samsung Gear Fit2 dan juga Samsung Gear IconX.
Samsung Gear Fit2 merupakan kemaskini kepada gelang tangan pintar Samsung sebelum ini. Namun, kini ia hadir dengan rekaan yang lebih baik – lebih nipis dan dilihat selesa ditangan. Gear Fit2 menggunaakn paparan Super AMOLED dalam membolehkan pengguna memantau aktiviti kecergasan mereka, selain melihat notifikasi daripada telefon pintar.
https://www.youtube.com/watch?v=SHK5SAHj1ZE
Gear Fit2 turut hadir dengan sensor GPS dan denyutan nadi, selain turut membolehkan pengguna menghantar data ke aplikasi S Health. Pengguna juga boleh mengawal pemain muzik melaluinya tanpa perlukan telefon pintar seperti beberapa yang lain.
Samsung Gear IconX pula merupakan salah satu fon telinga tanpa wayar yang turut memfokuskan kepada kecergasan. Pengguna hanya perlu memakainya pada telinga, dan ia akan mula memantau beberapa data termasuk jarak yang dilari, kelajuan, denyutan nadi dan juga kalori yang dibakar.
https://www.youtube.com/watch?v=_Qto3jm36Tw
Samsung Gear IconX turut menyertakan panduan suara, membolehkan anda mendengar arahan ketika melakukan aktiviti kecergasan, dan pada masa yang sama ia mempunyai ruangan storan yang boleh memainkan sehingga 1000 lagu MP3.
Samsung Gear Fit2 akan mula ditawarkan di beberapa negara bermula Jun ini, sementara Gear IconX akan hadir ke pasaran dalam masa terdekat.