Carian
Permainan Pachinko Metal Gear Solid Akan Dilancarkan Hanya Di Jepun
June 3, 2016 Effi Saharudin

Metal Gear Solid V : The Phantom Pain ialah permainan terakhir MGS yang menerima  sentuhan Hideo Kojima. Beliau kemudian berhenti dari Konami dan membuka studio sendiri dengan kerjasama Sony. MGSV pada hemat kami mengecewakan kerana jalan cerita yang terhenti dan tergantung. Pelbagai cerita belakang tabir didengari selepas Kojima meninggalkan Konami. Paling menarik ialah video satu bab akhir MGSV yang dipotong kerana pertelagahan kos.

Bagi peminat MGS, mereka akur bahawa permainan mereka ini kini tidak akan lagi dihasilkan dengan Kojima. Di Jepun sebuah permainan baru MGS akan dihasilkan. Ia bukan permainan konsol tetapi kabinet permainan pachinko. Mesin pachinko bertemakan MGS 3 Snake Eater ini mempunyai skrin LCD sebesar 32″ dan boleh disambung secara mendatar. Apa yang dilakukan oleh Konami ini seperti menghina siri permainan yang dianggap sempurna oleh peminatnya. Mungkin selepas ini Konami akan menghasilkan mesin pachinko Silent Hill, Contra dan Castlevania!

Komen