Xiaomi Mungkin Melancarkan Mi 5 Mini Dengan Skrin Sebesar 4.3″

Xiaomi Mungkin Melancarkan Mi 5 Mini Dengan Skrin Sebesar 4.3″

Diterbitkan pada June 3, 2016 oleh .

Purata saiz skrin di pasaran sekarang ialah sekitar 5.2″. Saiz skrin telefon pintar semakin membesar tahun demi tahun kerana penggunanya telah berevolusi sejak iPhone pertama mula dijual. Pernah suatu ketika skrin 5.3″ dianggap terlalu besar tetapi kini 5.5″ mula dianggap normal. Namun masih ada segelintir pengguna yang mahukan peranti dengan skrin kecil. Oleh sebab itu Apple menghasilkan iPhone SE kepada mereka.

Xiaomi-Mi-5-Mini-1Xiaomi juga mungkin mempunyai idea yang serupa dan gambar peranti misteri dengan skrin 4.3″ tertiris. Ia dikatakan menggunakan pemproses Snapdragon 820, RAM sebesar 3 GB dan storan 32 GB. Kamera pula dikatakan sebesar 13 Megapixel dan bateri sebesar 2350 mAh. Adalah dipercayai ini ialah Mi 5 versi Mini yang akan dijual pada harga sekitar RMB 1799 (~RM 1130) sebuah. Masih adakah pasaran untuk peranti dengan skrin sekecil ini di Malaysia?


TIPS & ULASAN