(Ura-Ura) Samsung Galaxy Note 7 Edge Mempunyai Sistem Kamera Berkembar

(Ura-Ura) Samsung Galaxy Note 7 Edge Mempunyai Sistem Kamera Berkembar

Diterbitkan pada June 3, 2016 oleh .

Semakin hampir kita kepada majlis pelancarannya, semakin banyak ura-ura mula kedengaran. Terkini Samsung Galaxy Note 7 Edge yang dijangka diperlihatkan mula hadapan dikatakan akan mempunyai sistem kamera berkembar. Ini adalah kerana Samsung tidak mahu ketinggalan mengikuti trend kamera berkembar yang digunakan pada LG G5, Huawei P9 dan kemungkinan besar iPhone 7 Plus.

galaxy-note-6-dwi-lensa-1Seperti pada LG G5, dua kamera yang digunakan mempunyai fungsi berbeza. Satu lensa akan digunakan untuk mengambil gambar makro dan sebuah lagi untuk mengambil gambar biasa. Ini memberikan kemampuan mengambil gambar yang lebih fleksibel berbanding sistem satu lensa sedia ada. Peranti pintar Samsung sudahpun terkenal dengan kemampuan mengambil gambar yang terbaik di dalam kelasnya dan dengan sistem lensa berkembar ini, kemampuannya pasti bertambah baik.

Selain sistem kamera berkembar, Note 6 turut dikatakan akan menggunakan pemproses Snapdragon 823, RAM sebesar 6 Gigabyte, sistem imbasan mata, ketahanan IP 68 dan port pengecasan USB-C. Sejauh manakah kebenaran ura-ura ini hanya akan kita ketahui apabila Note 7 Edge dilancarkan dalam masa terdekat.


TIPS & ULASAN