Bas Awam Merangkap Gimnasium Bergerak Akan Memulakan Operasi Di London

Bas Awam Merangkap Gimnasium Bergerak Akan Memulakan Operasi Di London

Diterbitkan pada June 3, 2016 oleh .

Berapa ramai di antara anda masih menggunakan perkhidmatan bas awam? Kami sudah lebih sedekad tidak menggunakannya kerana lebih mudah menaiki Komuter dan LRT di Kuala Lumpur. Bas awam mempunyai masalah kelewatan dan kesesakan yang tinggi ketika waktu puncak. Di London penggunaan bas masih popular kerana perkhidmatan kereta api yang sentiasa terganggu oleh masalah pemandu mogok. Ride2Rebel ialah perkhidmatan bas awam unik yang turut menawarkan perkhidmatan gimasium bergerak kepada penumpang,

Ride2Rebel-Bas-Awam-1Melalui perkhidmatan ini, penumpang boleh melakukan senaman setiap pagi dalam perjalanan ke pejabat. Terdapat mesin kayuhan basikal di dalam bas Ride2Rebel. Mereka juga akan menawarkan kelas selama 45 minit kepada penumpang dengan bantuan jurulatih profesional. Bas awam ini akan memulakan perkhidmatan seawal hujung tahu ini. Penumpang hanya perlu membayar yuran bulanan seperti gimnasium biasa ataupun membayar £12 (~RM 72) untuk setiap sesi selama 45 minit.


TIPS & ULASAN