Cari @ Amanz

Apabila bosan di pejabat kami memasang lagu kegemaran di Spotify dan berkaraoke lambak bersama rakan sepejabat. Bagi memudahkan karaoke lambak, sistem lirik Musixmatch yang terbina di dalam aplikasi desktop Spotify kami gunakan sepanjang masa. Sesi ini akan berakhir kerana Musicmatch menamatkan kerjasama mereka dengan perkhidmatan penstriman muzik nombor satu dunia.

MusicMatch-Spotify-3

Melalui blog mereka di Medium, Musixmatch mengucapkan terima kasih kepada Spotify dan pengguna kerana menggunakan perkhidmatan mereka. Tetapi perbezaan hala tuju di antara mereka dan Spotify dikatakan penyebab mengapa kerjasama yang bermula sejak 2011 ini dihentikan secara tiba-tiba.

Kepada mereka yang masih mahu menggunakan Spotify dan Musixmatch secara serentak, kini ia hanya boleh dilakukan menerusi aplikasi Android atau iOS. Anda juga boleh menggunakan pemalam Chrome Musixmatch untuk YouTube sekiranya mahu berkaraoke sambil menonton video. Pada waktu yang sama Musixmatch memberikan petunjuk mereka akan melancarkan produk baru yang akan muncul dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd