ServisHero Menawarkan Khidmat Kejut Sahur Sepanjang Bulan Ramadhan Ini Secara Percuma

Diterbitkan pada Jun 3, 2016. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

ServisHero merupakan salah satu perkhidmatan yang membolehkan anda membuat tempahan untuk beberapa perkhidmatan – sebagai contoh untuk perkhidmatan pembersihan, membaiki paip, berkaitan elektrik, dan sebagainya. Kini, bersempena dengan bulan Ramadhan, pihak ServisHero kini hadir dengan perkhidmatan kejut sahur secara percuma.

ServisHero

Melalui halaman khusus yang disediakan, pengguna hanya perlu memasukkan nama dan nombor telefon, dan seterusnya anda akan menerima panggilan telefon secara percuma sepanjang bulan Ramadhan ini – sekitar pukul 5 pagi.

Perkhidmatan ini disediakan secara percuma oleh pihak ServisHero, dan ditawarkan antara 6 Jun 2016 hingga 5 Julai 2016 kelak.

Bagi anda yang berminat, boleh mendaftarkan nombor telefon anda di ServisHero, dan menerima panggilan kejut sahur sepanjang Ramadhan 2016 ini.

ServisHero Ramadhan

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami