Carian
Komputer Riba HP Ternipis, HP Spectre Akan Hadir Ke Pasaran Tempatan Tidak Lama Lagi
June 3, 2016 Aman

HP telah memperkenalkan komputer riba ternipis mereka, HP Spectre mereka sekitar dua bulan lepas, dan kini mereka dilihat telah dalam persiapan untuk melancarkan komputer riba berkenaan untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

Terkini, melalui laman rasmi HP Malaysia, mereka telah mula memaparkan promosi untuk komputer riba berkenaan, dan membolehkan pengguna mendaftarkan minat untuk mendapatkan notifikasi sebaik sahaja komputer riba berkenaan ditawarkan.

HP Spectre

HP Spectre membawakan rekaan yang sangat nipis, disertakan dengan skrin bersaiz 13.3-inci, cip pemprosesan Intel Core, memori sehingga 8GB RAM, dan ruangan storan berasaskan SSD sehingga 256GB.

Komputer riba ini menyertakan sekitar tiga port USB Type-C, sebuah port audio, dan tiada yang lain disertakan pada komputer riba ini. Bateri padanya mampu bertahan sehingga 9 jam penggunaan, dan pengguna turut boleh menikmati audio berkualiti melalui integrasi teknologi Bang Olufsen.

Harga jualannya masih tidak diketahui lagi, dan pihak HP dijangka mengumumkannya tidak lama lagi.

HP Spectre

Komen