LinuxJourney Memudahkan Anda Mempelajari Dunia Linux Dengan Lebih Mendalam

LinuxJourney Memudahkan Anda Mempelajari Dunia Linux Dengan Lebih Mendalam

Diterbitkan pada June 3, 2016 oleh .

Linux merupakan salah satu sistem operasi sumber terbuka yang digunakan ramai pengguna seluruh dunia. Ada yang mempelajari Linux dengan memasangnya dan bermain-main menggunakannya, dan ada yang sebaliknya. Kini, dalam usaha memudahkan lagi pengguna mempelajari perkara berkaitan Linux, salah satu laman baru yang hadir adalah LinuxJourney.

Linux Journey

LinuxJourney menawarkan penjelasan berkaitan pelbagai perkara yang terdapat dalam sistem operasi Linux, dan pada masa yang sama menyediakan sebuah kuiz ringkas pada setiap topik bagi memastikan pengguna memahami berkaitan dengannya.

Jikalau dibandingkan dengan beberapa laman pembelajaran Linux yang lain, LinuxJourney boleh dikatakan meliputi sesuatu topik dengan lebih mendalam dan menyeluruh – sekaligus memberikan lebih pengetahuan kepada pengguna.

Bagi anda yang berminat dengan dunia Linux, ataupun sedia menggunakannya – mungkin boleh melayari laman LinuxJourney hari ini dan menambah ilmu anda berkaitan dengan dunia Linux.

Layari : Linux Journey


TIPS & ULASAN