Kini Anda Boleh Memantau Sesuatu Penerbangan Terus Melalui Facebook Messenger

Diterbitkan pada Jun 3, 2016. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

App in the AirPengenalan sokongan bot pada Facebook Messenger telah membuatkan beberapa penyedia perkhidmatan mengambil kelebihannya dan memperkenalkan perkhidmatan mereka di dalam Facebook Messenger. Terkini, melakukan perkara sama adalah perkhidmatan App In The Air.

Mereka kini menyediakan sebuah bot terus pada Facebook Messenger, membolehkan pengguna memantau kedudukan semasa sesuatu penerbangan, atau mengetahui lebih lanjut mengenai sesuatu penerbangan.

Seperti biasa, pengguna melalui Facebook Messenger akan ditanya beberapa perkara, termasuk perlu memberitahu nombor kapal terbang berkenaan. Bot tersebut kemudian secara automatik akan memperlihatkan kedudukan semasa, masa yang dijangka dan turut membolehkan pengguna melanggan untuk notifikasi berkenaan dengan penerbangan berkenaan.

Bagi anda yang berminat, anda boleh menambah bot App in the Air kepada Facebook Messenger anda hari ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami