Instagram Mula Memperkenalkan Paparan Garis Masa Berasaskan Algoritma Kepada Semua Pengguna

Instagram Mula Memperkenalkan Paparan Garis Masa Berasaskan Algoritma Kepada Semua Pengguna

Diterbitkan pada June 4, 2016 oleh .

Instagram sebelum ini telah mengumumkan bakal hadir dengan paparan garis masa berasaskan algoritma supaya pengguna tidak terlepas sebarang kemaskini penting daripada rakan-rakan penting mereka. Ia ketika itu menerima bantahan ramai pengguna. Namun, perkara berkenaan tidak menghentikan Instagram, dan hari ini mereka mengumumkan pengenalan paparan berasaskan algoritma pada perkhidmatan mereka.

Instagram Notifikasi

Instagram mengatakan kini mereka akan mula memaparkan gambar yang anda peduli terlebih dahulu dan tidak terlepas sebarang detik penting yang dikongsikan rakan-rakan yang anda ikuti. Menurut Instagram, sebanyak lebih kurang 70% perkongsian terlepas pandang oleh pengguna dan penggunaan algoritma baru ini akan mengatasi masalah berkenaan.

Instagram turut menekankan pengguna tidak lagi akan terlepas sebarang perkongsian disebabkan perbezaan garis masa, ataupun perkongsian penting daripada rakan rapat anda.

Pengenalan paparan garis masa berasaskan algoritma ini akan mula diperkenalkan secara berperingkat bermula hari ini kepada semua pengguna perkhidmatan berkenaan.


TIPS & ULASAN