Lenovo Meminta Pengguna Nyah-Pasang Perisian Lenovo Accelerator Application

Lenovo Meminta Pengguna Nyah-Pasang Perisian Lenovo Accelerator Application

Diterbitkan pada June 4, 2016 oleh .

Bagi para pengguna peranti Lenovo berasaskan Windows 10, terkini pihak Lenovo telah mengeluarkan notis baru untuk pengguna mereka, meminta pengguna untuk nyah-pasang perisian Lenovo Accelerator Application yang hadir bersama pada beberapa peranti yang dijual oleh mereka.

Menurut Lenovo, melalui perisian berkenaan, ia membolehkan pengodam menyerang komputer pengguna sekiranya mereka mempunyai akses kepada local network access.

Perisian Lenovo Accelerator Application ini dipasang oleh Lenovo pada komputer Windows 10 dalam usaha melajukan komputer mereka membuka beberapa aplikasi Lenovo.

Sebagai langkah mengatasi masalah ini, Lenovo mencadangkan pengguna supaya nyah-pasang perisian berkenaan sekiranya terdapat pada komputer anda.


TIPS & ULASAN