Cari @ Amanz

Selain dari MSI GT 73 Titan SLI dan MSI GS 73, satu lagi model yang baru komputer riba memfokuskan permainan yang ditampilkan MSI pada acara Computex ialah MSI GT 83 Titan SLI. Salah satu kelainan padanya ialah reka letak papan kekuncinya kerana ia merupakan papan kekunci mekanikal Cherry MX Brown.

Papan kekunci mekanikal biasanya disukai oleh peminat permainan kerana ia memberikan lebih perasaan apabila menggunakannya. Ini kerana apabila menekannya, pengguna akan benar-benar merasa sama ada kekunci tersebut telah benar-benar ditekan, atau sebaliknya. Ini adalah salah satu perkara yang tidak dapat dicapai oleh komputer riba yang biasanya menggunakan papan kekunci ‘membrane/chiclet’ bagi mengurangkan kos disamping mengurangkan ketebalan.

MSI GT 83 -IMG_9805

Papan kekunci ini diletakkan berhampiran hujung bawah komputer riba ini, dan disertakan dengan panel sentuh pada sebelah kanan, menggantikan pad bernombor, sedikit berlainan dari komputer riba yang biasa mempunyai ruang untuk merehatkan pergelangan tangan.

Spesifikasi lain pada GT83 boleh dikatakan hampir serupa dengan GT 73 Titan SLI. Ia menyertakan cip pemprosesan Intel Core i7 Generasi ke-6, dua kad grafik NVIDIA GTX 980 SLI, menyokong paparan 4K sehingga 3 monitor dan turut menyokong kapasiti RAM sehingga 64GB pada 4 slot DDR4. Bagi paparan skrin komputer riba ini, MSI GT83 dilengkapi dengan paparan skrin bersaiz 18.4-inci 1920×1080, namun dengan kadar segar-semula yang normal, iaitu 60Hz. Pada spesifikasi ini juga, komputer ini boleh menjalankan kandungan realiti-maya.

MSI GT 83 -IMG_9813 MSI GT 83 -IMG_9810

Seperti komputer lain yang diumumkan MSI pada acara Computex, masih terdapat beberapa spesifikasi yang tidak diketahui, berkemungkinan ia akan berbeza mengikut penawaran mereka apabila komputer ini memasuki pasaran secara rasmi kelak. Ia dijangka akan mula dijual pada bulan Ogos ini dengan harga bermula 4500 USD ( ~RM 18,000++)

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd