Cari @ Amanz

Kebiasaannya komputer riba yang direka untuk memainkan permainan komputer hadir dalam bentuk yang tebal, berat, dan mungkin kurang menepati citarasa mereka yang inginkan sesuatu yang elegan dan nipis. Di acara Computex, MSI turut mempamerkan GS63 Stealth Pro, komputer riba untuk permainan namun lebih tipis berbanding model lain.

Dari segi kenipisan, ia hanyalah setebal 17.7mm. Namun disebalik kenipisan tersebut, ia dilengkapi dengan spesifikasi yang berkuasa lebih-lebih lagi untuk tujuan permainan komputer. Ia dkuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core i7 Generasi ke-6, kad grafik NVIDIA GTX 970M dengan 2 slot RAM yang boleh dimuatkan sehingga 32GB DDR4. Bagi tujuan storan, ia menggunakan pemacu SSD dengan kapasiti maksimum 512GB NVMe M2 dan juga pemacu cakera keras 1TB.

MSI GS 63-IMG_9744

Sebagai komputer memfokuskan permainan, pada MSI GS63 Stealth Pro ini ia juga turut membolehkan pengguna menyambungkan komputer ini dengan dua paparan skrin pada resolusi 4K. Ia juga disertakan dengan ESS SABRE Hi-Fi untuk kualiti audio yang baik. Paparan skrinnya juga boleh dipusingkan pada sudut 180 darjah.

Seperti komputer riba MSI yang baru diperkenalkan di acara ini, MSI GS63 Stealth Pro akan hadir ke pasaran pada bulan Ogos ini dan harganya akan ditawarkan mengikut spesifikasi berbeza, bermula 1600 USD (~ RM 6,500++)

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd