Rekaan Panel Belakang Boleh Ditukar Lenovo Moto Z Tertiris

Rekaan Panel Belakang Boleh Ditukar Lenovo Moto Z Tertiris

Diterbitkan pada June 5, 2016 oleh .

Lenovo Moto Z dijangka akan dilancarkan di Lenovo Tech World 9 Jun ini. Rekaan serta spesifikasinya sudah tertiris sejak seminggu yang lalu begitu juga dengan pelbagai komponen modular yang boleh digunakan. Kini rekaan panel belakang boleh ditukar ganti Moto Z pula tertiris. Panel belakang ini mempunyai beberapa rekaan dengan bahan binaan diperbuat daripada buluh, kayu, kulit dan juga plastik.

Lenovo Moto Z panel 1 Terdapat membran lutsinar yang dipercayai adalah panel pengimbas cap jari. Kewujudan panel ini agak menarik perhatian kerana kesemua pengimbas cap jari pada peranti yang kami lihat sebelum ini tidak mempunyai selaput seperti ini. Seperkara lagi yang menarik ialah ketiadaan sambungan seakan smart connect pada majoriti panel boleh ditukar ini.

Lenovo Moto Z panel 3


TIPS & ULASAN