Carian
Aplikasi Stadium Astro Dikemaskini Dengan Kandungan Memfokuskan UEFA EURO 2016
June 6, 2016 Aman

Astro mempunyai beberapa aplikasi mudah-alih dibawah penawaran mereka, dan salah satu yang memfokuskan kepada kandungan berbentuk sukan adalah Stadium Astro. Kini, bersempena dengan musim EURO 2016 yang akan bermula dalam beberapa hari lagi, Astro kini mengemaskini aplikasi mereka dan menawarkan lebih kandungan mengenainya.

Stadium Astro

Melalui aplikasi Stadium Astro, pengguna boleh mengikuti sejumlah kandungan, termasuk liputan berita terkini, rakaman video ulang-tayang, analisis menyeluruh, dan beberapa kandungan yang lain.

Bersama-sama pengenalan aplikasi baru ini juga pihak Asto mengambil peluang untuk mempromosikan bersama aplikasi Astro On-The-Go yang membolehkan anda menonton video dengan mudah dimana-mana pada bila-bila masa. Untuk UEFA EURO 2016, Astro menawarkan Pas Sukan dengan langganan harga RM6 untuk setiap perlawanan, ataupun untuk semua perlawanan pada harga RM104.95.

UEFA EURO 2016 akan bermula 11 Jun 2016 ini, dimana selain daripada Astro, sejumlah penyedia perkhidmatan web lain turut telah mengintegrasikan beberapa fungsi khusus bersempena dengannya pada perkhidmatan mereka.

Komen