Kemaskini Android 6.0 Marshmallow Akhirnya Hadir Untuk OnePlus 2

Kemaskini Android 6.0 Marshmallow Akhirnya Hadir Untuk OnePlus 2

Diterbitkan pada June 6, 2016 oleh .

Pengguna peranti OnePlus 2? Kini anda sudah boleh menaik-taraf telefon pintar anda kepada Oxygen OS 3.0 berasaskan kepada Android 6.0 Marshmallow, dan menikmati beberapa fungsi baru yang hadir bersama-sama dengannya.

OnePlus 2

Kemaskini Android 6.0 Marshmallow sedia dinantikan ramai pengguna OnePlus 2 sejak berbulan sebelum ini, apatah lagi dengan ia dipasarkan sebagai flagship killer sebelum ini.

Kemaskini baru ini menawarkan sejumlah fungsi baru, termasuk sokongan Doze untuk ketahanan bateri yang lebih lama, sokongan pengimbas cap jari yang ditambah-baik, antaramuka kamera OnePlus yang baru, integrasi teknologi Dirac HD Sound untuk speaker lebih baik, serta beberapa fungsi baru yang lain.

Oxygen OS 3.0 ini akan ditawarkan melalui kemaskini OTA bermula hari ini secara berperingkat kepada semua pengguna telefon pintar OnePlus 2 seluruh dunia.


TIPS & ULASAN