Cari @ Amanz

Lenovo Tech World akan berlangsung minggu ini dan memang sudah diketahui mereka akan memperlihatkan peranti pertama Project Tango. Peranti ini mempunyai sistem kamera dan imbasan yang membolehkan navigasi dilakukan di dalam bangunan. Kini nama peranti penuh misteri ini tetiris ehsan “raja tiris” Evleaks.

Google Project TangoIa akan dikenali sebagai Lenovo PHAB2 Pro dan mempunyai skrin QHD sebesar 6.4″. Spesifikasi masih belum diketahui tetapi pastinya agak tinggi bagi membolehkan ia melakukan imbasan 3D. Tinggal lagi tiga hari sebelum Lenovo Tech World. Selain PHAB2 Pro, kemunculan Moto Z juga dinantikan. Panel belakang boleh ganti serta aksesori modular peranti ini sudah tertiris. Yang mana satukah yang menarik minat anda? Moto Z ataupun peranti Project Tango?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd