Cari @ Amanz

Anda sukakan emoji? Dunia anda akan semakin bertambah gembira dengan pengenalan 72 emoji baru menerusi Unicode 9 yang akan dilancarkan 21 Jun ini. Terdapat 22 emoji baru diperkenalkan di bawah kategori smiley. Antaranya ialah emoji facepalm, ROFL, badut dan emoji bertopi koboi. 12 emoji haiwan ditambah dalam bentuk gorilla, musang, rusa, kelawar, badak sumbu, helang, itik, burung hantu, cicak, jerung, sotong dan rama-rama.

unicode-9-emojis-emojipediaDi dalam kategori makanan pula 18 emoji ditambah seperti bacon, telur, croissant dan timun. Terdapat juga emoji baru untuk polo, bola baling dan gusti. Walaupun 72 emoji ini akan ditambah hujung bulan ini, ia tidak bermakna ia akan disokong secara terus oleh sistem operasi. Ia mungkin akan ditambah pada platform Android selepas kemas kini Android N.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd