NBA2K16 Dan Tropico 5 Antara Permainan Percuma PlayStation Plus Untuk Bulan Jun

NBA2K16 Dan Tropico 5 Antara Permainan Percuma PlayStation Plus Untuk Bulan Jun

Diterbitkan pada June 6, 2016 oleh .

Pejam celik kita sudah menjalani separuh tahun 2016. Seperti hanya baru semalam menyambut tahun baru. Sempena bulan Jun ini beberapa lagi permainan menarik ditawarkan kepada pemegang akaun PlayStation Plus Asia. Untuk pemilik PlayStation 4, permainan simulasi bola keranjang NBA2K16 dan simulasi republik pisang Tropico 5 boleh dimuat turun percuma.

Playstation-Plus-jun-2016NBA2K16 menawarkan grafik yang hampir kelihatan seperti menonton permainan sebenar. Ia  pastinya popular dimainkan sementara menanti waktu berbuka kelak. Tropico 5 akhirnya diberikan percuma kepada pemilik di Asia. Ia ditawarkan kepada pemenang PlayStation Plus Amerika Utara bulan lalu. Senarai lengkap permainan percuma bulan ini ialah seperti di bawah.

  1. NBA2K16 (PS4)
  2. Tropico 5 (PS4)
  3. Echochrome Primal (PS3)
  4. Siren Blood Curse Episode 1-12 (PS3)
  5. LocoRoco Midnight Carnival (PSVita)
  6. God of War: Ghost of Sparta (PSVita)

TIPS & ULASAN