Allison Road, Permainan Seakan Silent Hills Dihentikan Pembangunannya

Allison Road, Permainan Seakan Silent Hills Dihentikan Pembangunannya

Diterbitkan pada June 6, 2016 oleh .

Apabila Hideo Kojima meninggalkan Konami, permainan Silent Hills yang amat dinantikan peminat turut menjadi mangsa. Demo P.T yang dihasilkan oleh Hideo Kojima, Guillermo del Toro dan Junji Ito menjadi demo paling hangat di dalam sejarah PlayStation. Bagi mengisi kekosongan akibat pembatalan Silent Hill, Alllison Road dihasilkan oleh Lilith Limited dan dibangunkan untuk PC.

Ia sepatutnya hadir pada suku ketiga 2016. Tetapi semalam pembangun Allison Road mengumumkan permainan ini dihentikan secara serta merta. Tiada maklumat mengapa ia dihentikan secara tiba-tiba dan pengumuman penuh hanya akan dilakukan dalam masa dua hari. Buat masa ini Silent Hills akan kekal sebagai demo dan bergantung sepenuhnya kepada Konami untuk menjadikannya realiti. Terdapat ura-ura Kojima, Del Toro dan Junji Ito sedang membangunkan sebuah permainan baru seperti Silent Hills. Sebagai peminat kita hanya boleh berharap.


TIPS & ULASAN