Birdie – Payung Terjun Untuk Kamera Aksi Mengambil Selfie

Birdie – Payung Terjun Untuk Kamera Aksi Mengambil Selfie

Diterbitkan pada June 6, 2016 oleh .

Kayu selfie ialah aksesori yang paling popular bagi mengambil gambar selfie. Pernah suatu ketika adalah mustahil untuk pergi ke majlis keraian tanpa melihat ia digunakan oleh penggemar foto selfie. Tetapi sekiranya anda mahukan foto selfie yang lebih unik dari yang diambil oleh rakan-rakan anda, kini wujud Birdie.

Birdie selfie Gopro payung 2Birdie ialah sistem payung terjun untuk kamera aksi anda mengambil gambar selfie. Ia sesuai digunakan oleh kamera aksi seperti GoPro. Ia dilontar ke udara dan akan terbuka seperti sebuah bulu tangkis badminton. Gambar akan diambil ketika ia masih di udara. Birdie juga kalis air dan mampu terapung. Ia masih mengumpulkan dana dan boleh ditempah pada harga $35 (~RM 142) sebuah.


TIPS & ULASAN