Akaun Twitter Dan Pinterest Mark Zuckerberg Digodam

Akaun Twitter Dan Pinterest Mark Zuckerberg Digodam

Diterbitkan pada June 6, 2016 oleh .

Mark Zuckerberg ialah antara manusia terkaya dan berkuasa di dunia. Pemimpin dunia datang mengadap beliau secara pukal dan kehadiran mengejut beliau ketika pelancaran Galaxy S7 Februari lalu menjadi berita lebih besar dari peranti tersebut. Ini adalah menakjubkan bagi seorang anak muda yang baru berusia 32 tahun. Sebagai nama besar di dalam dunia media sosial, adalah agak menarik hari ini akaun Twitter dan Pinterest beliau menjadi mangsa godam.

mark-zuckerberg digodamYa beliau mempunyai akaun pada platform pesaing walaupun jarang sekali digunakan. Dua akaun beliau ini digodam oleh kumpulan yang menggelar diri mereka OurMine Team. Akaun dipercayai digodam melalui pangkalan data pengguna LinkedIn yang tertiris ke arena web beberapa minggu yang lalu. Kesemua mesej yang dimuat naik penggodam telahpun dipadam. Apabila ia mula disedari Twitter terus menggantung akaun Zuckerberg walaupun beliau tidak menggunakan perkhidmatan ini sejak 2012.

Kepada pembaca Amanz kami menggalakkan anda menukar kata laluan dengan kerap. Jika boleh jangan memilih kata laluan yang terlalu mudah diteka seperti menggunakan tarikh lahir. Pada waktu yang sama aktifkan sistem log masuk dua faktor sekiranya ia disokong. Sekiranya akaun Facebook anda digodam, kami ada menulis tentang cara untuk mendapatkannya semula. Semoga anda sentiasa selamat di atas talian.


TIPS & ULASAN