Carian
Maxis Menawarkan Telefon Pintar 4G Percuma Untuk Pelanggan MaxisONE Plan baru
June 6, 2016 Aman

Maxis pada tahun ini boleh dikatakan mengalami pelbagai cabaran, dimana salah satu langkah pemasaran mereka tidak menghadirkan kesan yang positif sekaligus membuatkan ramai pelanggan pascabayar Maxis meninggalkan mereka. Kini, dalam usaha menarik mereka kembali, Maxis telah hadir dengan pakej yang baru, dan terkini turut menawarkan sebuah telefon pintar 4G percuma untuk pelanggan baru mereka.

Maxis Raya Free Phone

Seperti biasa, Maxis menawarkan pilihan telefon pintar yang berbeza berdasarkan kepada pakej. Untuk pakej paling asas, Maxis menawarkan telefon pintar Acer Liquid Z630 atau Samsung J1 Ace. Sementara untuk pakej paling atas, mereka hadir dengan pilihan sehingga Huawei P9 secara percuma.

Setiap penawaran Maxis ini juga hadir dengan terma dan syarat tersendiri – termasuk kontrak selama 24 bulan, selain promosi Raya ini terhad sehingga 31 Julai 2016 sahaja.

Komen