Groupon Menjadi Pemegang Saham KFit, KFit Mengambil-Alih Groupon Indonesia

Groupon Menjadi Pemegang Saham KFit, KFit Mengambil-Alih Groupon Indonesia

Diterbitkan pada June 6, 2016 oleh .

KFit merupakan salah satu perkhidmatan yang dibangunkan oleh bekas pengasas Groupsmore (Groupon Malaysia), yang mana memfokuskan kepada penawaran perkhidmatan memfokuskan kecergasan dan kesihatan. Melaluinya, ia membolehkan pengguna membeli pas ke pusat kecergasan dan kesihatan.

KFIt

Kini, dalam terus mengukuhkan kedudukan mereka, KFit telah mengambil-alih Groupon Indonesia pada suatu nilai yang tidak diumumkan. Pengambil-alihan ini sekaligus memperlihatkan KFit memasuki pasaran Indonesia melalui Groupon Indonesia, sementara pihak Groupon Inc turut menjadi pemegang saham strategik untuk KFit.

Melalui pengambil-alihan Groupon Indonesia oleh KFit juga, ia dilihat akan memudahkan lagi mereka memperluaskan penawaran kepada pelbagai kategori yang lain – tetapi pada masa yang sama masih kekal memfokuskan pasaran kesihatan dan kecergasan.

Proses pengambil-alihan ini dijangka selesai sekitar suku ketiga 2016 ini.


TIPS & ULASAN