Apple Mengesahkan MacBook Pro 13″ Retina Mempunyai Masalah Gagal Berfungsi

Diterbitkan pada Jun 7, 2016. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple hari ini mengesahkan terdapat masalah dengan MacBook Pro 13″ Retina keluaran mereka. Ramai pengguna mengadu komputer riba mereka gagal berfungsi sekiranya pelayar web Safari dilancarkan. Masalah hanya dapat diselesaikan dengan mematikan komputer secara paksa. Kesemua masalah ini berlaku selepas mereka melakukan kemas kini ke OS X 10.11.4.

Macbook AirMasalah yang sama turut melanda sebilangan kecil pemilik MacBook tetapi majoriti laporan diterima dari pemilik MacBook Pro 13″ Retina. Apple menyarankan mereka yang mengalami masalah untuk melakukan kemas kini ke OS X 10.11.5¬† dan memuat turun versi terkini Adobe Flash Player. Adalah agak aneh masalah berlaku kerana hanya pelayar web.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami