Daun Buatan Manusia 10 Kali Ganda Lebih Cekap Melakukan Fotosintesis Berbanding Daun Semula Jadi

Daun Buatan Manusia 10 Kali Ganda Lebih Cekap Melakukan Fotosintesis Berbanding Daun Semula Jadi

Diterbitkan pada June 7, 2016 oleh .

Fotosintesis ialah prosesĀ  yang dilakukan tumbuh-tumbuhan untuk mengubah tenaga matahari kepada tenaga kimia sebagai bahan makanan. Sistem ini memastikan kandungan karbon dioksida di atmosfera terkawal dan pada masa yang sama membekalkan oksigen kepada semua. Saintis telah menghasilkan daun buatan manusia sejak 2011 sebagai sumber tenaga mesra alam. Melalui proses fotosintesis, bekalan oksigen dan hidrogen tanpa had dapat dihasilkan sebagai sumber tenaga lestari.

Penyelidik di Universiti Harvard baru sahaja menghasilkan daun palsu Bionic Leaf 2.0 yang mampu melakukan proses fotosintesis 10 kali ganda lebih cekap berbanding daun semula jadi. Penggunaan Bionic Leaf 2.0 ini boleh merubah dunia masa hadapan. Setiap individu mampu menghasilkan sumber hidrogen mereka sendiri sebagai bahan api kenderaan dan keperluan tenaga. Apa yang diperlukan hanyalah air dan cahaya matahari.

Sungguhpun harga bahan api fosil kini di tahap rendah, umum kita ketahui ia bukan sumber tenaga lestari dan mesra alam. Negara maju seperti Norway sudah mempunyai wawasan mengharamkan kenderaan bertenaga api fosil menjelang 2025. Langkah yang dilakukan sekarang akan dapat memastikan generasi akan datang dari mewarisi bumi yang lebih bersih dari yang kita duduki.


TIPS & ULASAN