Samsung telah diperkatakan sebelum ini yang mana mereka sedang membangunkan telefon pintar dengan skrin boleh-lipat – sekaligus membolehkan pengguna menggunakan telefon pintar dengan skrin bersaiz lebih kurang sebesar tablet, dan melipatnya menjadi sebuah telefon pintar untuk mudah dibawa kemana-mana atau dikendalikan menggunakan sebelah tangan.
Kini, menurut Bloomberg, Samsung dilaporkan bakal memperkenalkannya pada tahun hadapan. Selain satu telefon yang boleh dilipat, Samsung turut dikatakan akan hadir dengan satu lagi variasi yang menggunakan skrin boleh lentur.
Kedua-duanya dibangunkan dibawah nama Project Valley dan dijangka bakal menggunakan nama keluarga Galaxy baru kelak. Menurut desas-desus sebelum ini, ia dikatakan akan dinamakan sebagai Galaxy X.
Pada laporan sama juga, Bloomberg turut sekali lagi menekankan yang mana Samsung bakal menggunakan nama Note 7 pada telefon pintar akan datang, menggantikan penggunaan nama Note 6 yang sepatutnya supaya ia selari dengan penggunaan nama keluarga Galaxy S.