Instagram Untuk iOS Kini Memudahkan Anda Berkongsi Gambar Dari Sebarang Aplikasi

Instagram Untuk iOS Kini Memudahkan Anda Berkongsi Gambar Dari Sebarang Aplikasi

Diterbitkan pada June 7, 2016 oleh .

Sejak daripada iOS8, pihak Apple telah memperkenalkan fungsi yang membolehkan pembangun aplikasi menambah kebolehan untuk berkongsi dari sesuatu aplikasi lain terus ke aplikasi mereka tanpa perlu membukanya terlebih dahulu. Beberapa aplikasi telah mengambil kelebihan daripadanya, dan kini Instagram turut melakukan perkara sama.

Instagram Share

Melalui Instagram 8.2 untuk iPhone, kini pengguna boleh berkongsi gambar dan juga video daripada sebarang aplikasi dengan hanya menekan butang “Share” dan memilih Instagram. Beberapa aplikasi sedia menyokongnya, termasuk seperti Apple Photos, Google Photos dan lain-lain.

Fungsi ini juga membolehkan anda menambah kapsyen untuk gambar sebelum dikongsikan. Walaubagaimanapun, sekiranya anda ingin menyunting gambar atau menambah kesan penuras, anda perlu mengaksesnya melalui aplikasi penuh Instagram seperti kebiasaan.

Muat-Turun Instagram untuk iOS


TIPS & ULASAN