Flexiroam X Ingin Memudahkan Anda Kekal Menggunakan Internet Ketika Di Luar Negara

Flexiroam X Ingin Memudahkan Anda Kekal Menggunakan Internet Ketika Di Luar Negara

Diterbitkan pada June 7, 2016 oleh .

Nama Flexiroam tidak asing dikalangan mereka yang selalu terbang ke luar negara. Ia dikenali kerana menawarkan sokongan panggilan pada kadar yang lebih murah berbanding dari kadar yang ditawarkan syarikat telekomunikasi. Awal bulan ini mereka telah melancarkan perayauan data seluruh dunia pada kadar yang lebih murah, dipanggil Flexiroam X.

Sepertimana yang kita tahu, kadar perayauan data di negara antarabangsa biasanya pada kadar yang agak tinggi, dan mungkin melebihi dari apa yang diperlukan oleh pengguna. Seperti contoh pada kadar perayauan sekitar RM10 dengan data hanya sekadar 1GB, ia adalah mahal dan tidak mencukupi. Satu lagi cara lain adalah dengan membeli kad SIM syarikat telekomunikasi negara yang dilawati namun sekiranya anda menggunakan telefon dengan hanya satu slot kad-SIM, perihal mengeluarkan dan memasukkan kad-SIM adalah satu perkara yang melecehkan. Malah kadangkala kadar harga data adalah berlainan di setiap negara, sekaligus merugikan pengguna.

Flexiroam X -IMG_9261

Flexiroam X -IMG_9281

Perkhidmatan Flexiroam X menawarkan sehingga 100GB Data yang mampu diperoleh secara percuma melalui beberapa cara. Bagi mendapatkan data percuma, pengguna hanya perlu menggunakan aplikasi Flexiroam X dan melakukan perkara-perkara yang dipinta seperti memasukkan butir peribadi bagi pendaftaran, memasukkan tarikh lahir, menonton video penggunaan dan sebagainya. Malah pengguna boleh berkongsi kod referral kepada rakan-rakan bagi memperoleh lebih banyak data percuma. Untuk tempoh terhad ini juga, pengguna boleh mendapatkan data percuma 500MB dengan menggunakan kod pelancaran mereka ‘XLAUNCH’.

Sebelum anda mengembara, anda perlu mendapatkan pek permulaan secara percuma yang terdiri dari selapis kad SIM yang boleh diletakkan diatas kad SIM pengguna. Lapisan kad SIM ini diletakkan pada panel yang memudahkan pengguna untuk menampalnya diatas SIM yang sedia ada. Pengguna hanya perlu melekatkan SIM Flexiroam X sekali sahaja selagi mana SIM utama tidak ditukar. Penukaran mod SIM ini boleh dilakukan menerusi aplikasi mereka, dimana sebelum anda mengembara, anda perlu menukar SIM kepada Flexiroam X dan boleh menggunakan data percuma tanpa perlu melanggan pelan perayauan. Namun pihak Flexiroam akan mengenakan caj pengeposan sebanyak USD 5 (~ RM 20+)

Flexiroam X -IMG_9278

Setelah melekatkan lapisan kad-SIM Flexiroam X, pelanggan perlu mendapatkan keahlian tahunan pada kadar USD 9.99 (~RM 40.61). Keahlian ini diperlukan bagi menggunakan data-data percuma yang telah diperoleh. Sekiranya data percuma yang telah diperoleh dirasakan tidak mencukupi, pengguna boleh memilih untuk melanggan tambahan 1GB Data pada kadar promosi USD 29.99 (~RM 121.90). Data ini boleh digunakan di 100 negara yang menyokong perkhidmatan ini.

Bagi mendapatkan data percuma dari Flexiroam, anda boleh memuat-turun aplikasi mereka dan sentiasa mengikuti perkembangan serta promosi terkini dari mereka. Khusus untuk pembaca Amanz, masukkan kod promosi ‘AMANZ’ bagi mendapatkan 300MB secara percuma sebelum 14 Jun 2016.

Layari: Flexiroam X

Muat-turun: Aplikasi Flexiroam X (iOS)

Muat-turun: Aplikasi Flexiroam X (Android)


TIPS & ULASAN