Microsoft Memperkenalkan Planner Untuk Memudahkan Pengurusan Projek

Microsoft Memperkenalkan Planner Untuk Memudahkan Pengurusan Projek

Diterbitkan pada June 7, 2016 oleh .

Microsoft hari ini telah menambah satu lagi aplikasi untuk pengguna perkhidmatan Office 365 mereka, iaitu aplikasi yang diberikan nama Planner. Melaluinya, Microsoft ingin memudahkan pengguna seluruh dunia menggunakannya dalam menguruskan projek.

Microsoft Planner

Menggunakan Planner, pengguna boleh menamah senarai ahli pasukan untuk sesuatu projek, memberikan mereka tugasan, tarikh tamat serta berkongsi pelbagai fail melaluinya. Pengurus projek juga turut boleh memantau pelbagai perjalanan projek dengan mudah melaluinya.

Planner ini juga boleh dikatakan sebagai pesaing untuk Asana dan Trello daripada Microsoft. Ia masih pada peringkat awal, dan hanya ditawarkan melalui web sahaja. Namun, aplikasi untuk beberapa platform bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

Layari : Microsoft Planner


TIPS & ULASAN