TGV Akan Menyiarkan Perlawanan Akhir Manilla Major Secara Langsung Di Beberapa Pawagam Terpilih

TGV Akan Menyiarkan Perlawanan Akhir Manilla Major Secara Langsung Di Beberapa Pawagam Terpilih

Diterbitkan pada June 7, 2016 oleh .

Arena e-sukan merupakan salah satu arena yang sedang mendapat perhatian ramai pihak seluruh dunia. Astro sendiri telah mulakan siaran saluran khusus mereka bersempena dengan Manilla Major, dan kini TGV turut serta dan mengumumkan akan menyiarkan perlawanan separuh akhir dan akhir bagi pertandingan terkemuka tersebut.

TGV Manilla Major

TGV akan menyiarkan perlawanan tersebut secara langsung di empat pawagam terpilih – iaitu TGV Cinemas One Utama, Sunway Pyramid, 1st Avenue dan Tebrau. Perlawanan akhir ini akan diadakan pada penghujung minggu ini, iaitu 12 Jun, dan TGV akan menyiarkannya bermula daripada 10 pagi hingga 12 tengah malam. Tiket bernilai RM35 telah mula dijual untuk siaran berkenaan.

Disamping melalui TGV, pengguna yang berminat juga boleh mengikuti perlawanan berkenaan melalui saluran Egg daripada Astro. Sama-sama kita lihat siapakah yang akan menjuarai pertandingan yang mendapat perhatian ramai ini sebelum berlangsungnya The Internationals.


TIPS & ULASAN