Cari @ Amanz

WhatsAppWhatsApp sering menguji pelbagai fungsi baru melalui WhatsApp Beta sama ada untuk iOS mahupun Android. Kini, melalui versi WhatsApp Beta terbaru, perkhidmatan permesejan terkemuka berkenaan dilihat akan menyertakan sokongan GIF.

Daripada sokongan yang diuji, masih tiada sokongan untuk berkongsi terus gambar GIF yang dimainkan secara automatik. Sebaliknya, sekiranya anda berkongsikan pautan gambar GIF – seperti contoh daripada laman GIPHY, animasi imej berkenaan akan dimainkan secara automatik.

Ia tidak diketahui lagi bilakah pihak WhatsApp akan menyertakan ia pada versi stabil. Mungkin kita boleh menjangka ia bakal hadir dalam kemaskini akan datang kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd