Twitter Memperkenalkan Antaramuka Baru Aplikasi Untuk Semua Pengguna Android

Twitter Memperkenalkan Antaramuka Baru Aplikasi Untuk Semua Pengguna Android

Diterbitkan pada June 8, 2016 oleh .

Twitter Material DesignTwitter telah menguji antaramuka baru aplikasi Android mereka untuk suatu tempoh yang sedikit lama sebelum ini, dimana ia hadir dengan rekaan mesra Material Design seperti kebanyakkan aplikasi Android lain. Selepas menerima pelbagai maklumbalas daripada penguji, hari ini Twitter secara rasminya memperkenalkan antaramuka baru berkenaan kepada semua pengguna Android.

Dengan kemaskini baru ini, ia kini sentiasa memaparkan butang Tweet pada penjuru bawah kanan, memudahkan anda menghantar Tweet pada bila-bila masa. Disamping itu, sebuah menu juga disediakan pada bahagian kiri aplikasi, dan pengguna turut boleh menatal ke kanan untuk ke bahagian notifikasi dan juga Direct Message.

Twitter mengatakan antaramuka baru ini telah mula diperkenalkan kepada semua pengguna seluruh dunia bermula hari ini. Pengguna hanya perlu mengemaskini aplikasi mereka dan akan melihat antaramuka baru ini.

Muat-Turun Twitter untuk Android


TIPS & ULASAN