Cari @ Amanz

HTC telah memperlihatkan set realiti-maya mereka sekitar dua tahun lepas, dan selepas melalui pelbagai fasa pembangunan, hari ini HTC secara rasminya telah memulakan jualan set realiti-maya mereka di lebih kurang 24 buah negara.

HTC Vive dibangunkan oleh HTC menggunakan sokongan perisian daripada pihak Steam. Ia hadir dengan sebuah set kepala, dua alat kawalan, dan juga dua stesyen pusat yang perlu dipasang pada dinding untuk mengenal-pasti rekaan dinding dan pelbagai halangan sekitarnya ketika anda menggunakan set realiti-maya berkenaan.

HTC-Vive-retail

Sebelum ini sendiri HTC telah menawarkan set realiti-maya mereka ini, tetapi dalam kuantiti terhad dan memerlukan pengguna membuat pra-tempahan terlebih dahulu. Melalui jualan di lebih 24 buah negara yang telah bermula hari ini, HTC menjanjikan penghantaran dalam tempoh sekitar 3 hari bekerja.

Berbeza dengan beberapa set realiti-maya lain, HTC Vive menawarkan pengalaman realiti-maya yang turut menyokong rekaan bilik, selain menyertakan rekaan grafik yang baik melaluinya. Seperti biasa, pengguna perlu menghubungkan set ini kepada komputer – dan memerlukan komputer yang berkuasa untuk menjananya.

Pada hari ini, HTC mengatakan terdapat lebih 200 kandungan realiti-maya yang ditawarkan melalui Steam untuk HTC Vive, dan ia dijangka akan terus bertambah dari hari ke hari. HTC Vive ditawarkan pada harga $799 [~sekitar RM3240] dan masih tidak diketahui lagi bilakah akan memasuki pasaran Malaysia secara rasminya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd