Ikatan Cendekiawan Muslim Indonesia Mahu Google Dan YouTube Dihalang Akses Kerana Kandungan Lucah

Ikatan Cendekiawan Muslim Indonesia Mahu Google Dan YouTube Dihalang Akses Kerana Kandungan Lucah

Diterbitkan pada June 8, 2016 oleh .

Di Malaysia kandungan lucah dan mengganggu sensitiviti rakyat Malaysia telahpun dihalang oleh SKMM. Laman web lucah dan memfitnah Perdana Menteri seperti Sarawak Report ialah dua contoh laman yang tidak boleh diakses oleh rakyat Malaysia. Namun tidak semua laman dapat dihalang kerana laman-laman seperti ini tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Di Indonesia Ikatan Cendekiawan Muslim Indonesia  mahu kerajaan melakukan langkah drastik menghalang akses kepada Google dan YouTube.

ICMI-IndonesiaMenurut mereka dua laman yang amat popular di Indonesia ini mengandungi kandungan berunsur lucah dan memaparkan keganasan seksual. Pada pendapat mereka Google seharusnya menapis kesemua kandungan ini untuk rakyat Indonesia. Menurut ICMI lagi, sekiranya Google mampu menghalang akses kepada laman menggalakkan keganasan dan ekstremis agama seperti ISIS, mengapa perkara yang sama tidak mampu dilakukan kepada laman dengan kandungan lucah? Logik yang digunakan ICMI ini kami rasakan adalah masuk akal. Persoalannya di sini ialah adakah ia tanggungjawab kerajaan untuk menjadi penjaga pintu dunia siber? Sebelum ini akses kepada Tumblr dihalang di Indonesia kerana kandungan lucah tetapi ditarik semula selepas mendapat reaksi negatif warga Indonesia.


TIPS & ULASAN