Selepas lapan bulan diperkenalkan akhirnya penggunaan Android Marshmallow mencecah dua angka. Sebanyak 10.1% peranti kini menggunakan Android Marshmallow. Ini peningkatan dari 7.5% bulan lalu. Android Lollipop kekal di tangga teratas dengan 35.4%, pengurangan dari 35.6% dari bulan Mei. Di tangga kedua masih lagi Kit Kat dengan 31.6% diikuti pula oleh Jelly Bean dengan 18.9%.
Kesemua versi terdahulu Android ini menunjukkan penyusutan peratusan. Menarik sekali masih terdapat peranti yang menggunakan Froyo dan Gingerbread. Tahun ini kami rasakan adalah tahun yang baik dari segi penggunaan sistem operasi Android. Majoriti peranti baru yang dilancarkan menggunakan Android Marshmallow dan bukannya Lollipop. Kemas kini juga semakin pantas. Sekiranya Google mengeluarkan senarai pengeluar yang kerap lewat memberikan kemas kini, mungkin peratusan peranti menggunakan Marshmallow pastinya lebih tinggi.