Motion Stills – Aplikasi Mengubah Live Photos Menjadi GIF Beranimasi Oleh Google

Motion Stills – Aplikasi Mengubah Live Photos Menjadi GIF Beranimasi Oleh Google

Diterbitkan pada June 8, 2016 oleh .

Live Photos ialah fungsi unik yang diperkenalkan oleh Apple pada iPhone 6S dan 6S Plus tahun lalu. Melalui fungsi ini sebuah video pendek diambil sebelum dan selepas butang kamera ditekan. Gambar statik akan bergerak apabila pengguna menekannya. Buat masa ini sokongan adalah terhad dan hanya boleh dimuat naik pada Facebook. Bagi memudahkan video Live Photos dilihat oleh pengguna lain, Google menghasilkan aplikasi Motion Stills untuk iOS.

Motion-Stills-Live-Photos-GoogleAplikasi ini mengubah Live Photos menjadi GIF beranimasi yang lebih mudah dikongsi kepada pengguna lain tanpa mengira platform. Ia bukan sahaja mengubah video menjadi GIF tetapi turut hadir dengan sistem yang menstabilkan video bergoyang secara automatik seperti yang wujud pada YouTube. Motion Stills boleh dimuat turun secara percuma menerusi Apple Apple Store sekarang.

Muat turun aplikasi Motion Stills dari Apple App Store


TIPS & ULASAN