Cari @ Amanz

Permainan yang menggunakan peranti realiti maya buat masa ini menghadkan pemain untuk menikmatinya secara seorang diri. Halangan sambungan wayar kepada PC dan kos pembelian peranti realiti maya ialah antara sebab mengapa ia kini terhad kepada seorang pemain. Zero Latency cuba menyelesaikan masalah ini dan membenarkan permainan realiti maya dinikmati secara berkumpulan.

Zero-Latency-3Pemain menggunakan Oculus Rift yang diubah suai dan memakai komputer beg sandang.  Seramai enam orang pemain dapat bermain secara serentak menggunakan teknologi ini. Pengesan yang dipasang pada kepala dan senjata mengesan lokasi setiap pemain sepanjang masa. Mereka boleh bergerak di dalam ruangan lantai sebesar 400 meter persegi ketika bermain. Zero Latency bekerjasama dengan SEGA untuk membuka “gudang realiti maya” mereka di Tokyo. Kami kurang teruja dengan realiti maya setakat ini tetapi kemampuan bermain secara berkumpulan di dalam ruang terbuka ini nampak amat menarik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd