Sony Xperia XA Berharga RM1199 – Akan Dijual Bermula 27 Jun Di Malaysia

Sony Xperia XA Berharga RM1199 – Akan Dijual Bermula 27 Jun Di Malaysia

Diterbitkan pada June 8, 2016 oleh .

Sony Malaysia hari ini telah melancarkan keluarga Xperia X di Malaysia, dimana dibawahnya, tiga peranti telah diperkenalkan. Seperti ramai sedia maklum, harga untuk Xperia X telah pun diperlihatkan beberapa hari yang lepas, iaitu berharga RM2499. Disamping Xperia X, Sony Malaysia turut telah memperkenalkan Xperia XA.

Sony Xperia XA membawakan rekaan skrin dengan bingkai tepi yang sangat nipis. Ia dilengkapi skrin bersaiz 5-inci, cip pemprosesan MediaTek P10 dan memori 2GB RAM. Secara keseluruhan, ia merupakan peranti berspesifikasi pertengahan, tetapi dilengkapi ciri-ciri popular Sony, termasuk ketahanan bateri yang lama.

Xperia XA

Untuk rakaman gambar, Sony menyertakan kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel. Kedua-dua sensor hadir dengan sokongan Sony Exmor R untuk rakaman yang lebih kemas dan jelas.

Sony Xperia XA dilengkapi Android 6.0 Marshmallow, dan menyertakan memori 16GB yang boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD sehingga 200GB.

Sony Xperia XA akan ditawarkan dalam pilihan warna hitam, putih, emas kehijauan dan juga emas kemerahan. Di Malaysia, Sony Xperia XA berharga RM1199 dan akan ditawarkan bermula 27 Jun 2016 ini melalui pengedar Sony Mobile seluruh negara.

TIPS & ULASAN

<script>

Ā