Informasi Teknologi Terkini

Disamping pengenalan telefon pintar bersaiz 5-inci, Sony juga turut mengambil peluang untuk memperkenalkan sebuah phablet bersaiz 6-inci dengan rekaan seumpama Xperia XA, iaitu Sony Xperia XA Ultra.

Dengan skrin bersaiz besar, Sony menyasarkan kepada kemudahan untuk menikmati pelbagai multimedia menggunakannya – disamping pada masa yang sama membuat beberapa tugasan menggunakan Xperia XA Ultra.

Sony Xperia XA Ultra

Sony juga turut memfokuskan kepada sokongan selfie melalui peranti ini, dengan menyertakan sebuah kamera selfie 16-megapixel pada telefon pintar ini. Kamera hadapan juga dilengkapi dengan sokongan penstabilan imej optikal dan kebolehan rakaman gambar lebih luas menggunakannya.

Dari segi spesifikasi, Sony Xperia XA Ultra dilengkapi dengan skrin 6-inci dengan paparan HD, cip pemprosesan MediaTek P10 dan juga memori 3GB RAM. Peranti ini hadir dengan sokongan rangkaian 4G dan juga dwi-SIM.

Untuk rakaman kamera belakang, Sony Xperia XA Ultra hadir dengan kamera 21.5-megapixel dan dilengkapi sensor Exmor R. Seperti peranti Sony lain, ia turut hadir dengan bateri yang mampu bertahan sehingga 2 hari dan dijana menggunakan Android 6.0 Marshmallow.

Sony Xperia XA Ultra akan ditawarkan di Malaysia bermula bulan Julai kelak dalam pilihan warna hitam, putih dan juga emas kehijauan. Sony Xperia XA Ultra berharga RM1699 di Malaysia.

TIPS & ULASAN