Semua Komputer Penjawat Awam Singapura Dihalang Akses Internet Bagi Tujuan Keselamatan

Semua Komputer Penjawat Awam Singapura Dihalang Akses Internet Bagi Tujuan Keselamatan

Diterbitkan pada June 8, 2016 oleh .

Melayari web di tempat kerja ialah antara faktor produktiviti berkurangan. Majoriti sistem internet di pejabat menghalang akses kepada laman media sosial, video, forum dan laman lucah. Ini menyukarkan pekerja kerana kadang kala penapis internet yang digunakan terlalu tegas kerana penggunaan kata kunci yang kurang fleksibel. Namun masih ada pekerja yang cukup bijak mencari jalan melepasi halangan yang diletakkan oleh pentadbir sistem.

internetKerajaan Singapura akan melakukan tindakan drastik menghalang akses internet pada kesemua komputer yang digunakan penjawat awam bermula Mei tahun hadapan. Ini dilakukan bagi tujuan keselamatan dan rahsia negara dari diakses oleh pihak tertentu. Dianggarkan sebanyak 100 000 komputer penjawat awam akan terputus akses internet mereka. Penjawat awam hanya dibenarkan mengakses internet menerusi peranti pintar peribadi. Di setiap pejabat kerajaan hanya beberapa komputer khas akan dibenarkan akses kepada internet untuk tujuan tertentu seperti membuka emel rasmi.

Masalah intipan dan ketirisan maklumat rahsia dipandang amat serius. Komputer yang disambung kepada internet terdedah kepada penggodam dan malware. Di Malaysia komputer Jabatan Imigresen telah digodam oleh pedagang manusia sehingga membenarkan kemasukan pendatang tanpa izin secara pukal. Apa yang dilakukan di Singapura ini adalah amat mengejutkan tetapi keselamatan rahsia negara bukanlah perkara yang harus dipandang remeh.


TIPS & ULASAN