Lumigon T3 – Peranti Android Dengan Kamera Penglihatan Malam
Artikel Berkaitan

Lumigon T3 – Peranti Android Dengan Kamera Penglihatan Malam

Diterbitkan pada June 8, 2016 oleh .

Majoriti peranti di pasaran sekarang mampu mengambil gambar  yang baik walaupun di dalam situasi pencahayaan kurang baik. Tetapi sebuah fungsi dari zaman pra-peranti pintar yang tidak lagi kami temui ialah fungsi penglihatan malam. Kali terakhir kami menemui fungsi ini ialah pada telefon Nokia N93 kami sedekad yang lalu. Lumigon T3 ialah peranti Android yang mengembalikan fungsi ini kerana dilengkapi kamera khas penglihatan malam.

Lumigon-T3-3Lumigon T3 mempunyai skrin 4.8″ HD, pemproses MediaTek Helio X10, RAM 3 Gigabyte dan storan 128 Gigabyte. Ia mempunyai kamera berkembar pada bahagian belakang 13 Megapixel PDAF dan 4 Megapixel dengan sistem penglihatan malam. Kamera hadapan pula sebesar 5 Megapixel. Ia turut dilengkapi pengimbas cap jari pada bahagian hadapan dan panel sesentuh untuk mentatal pada panel belakang. Keseluruhan tubuh diperbuat daripada besi tahan karat dan terdapat pilihan saduran emas.

Terdapat sokongan pemancar infra merah, altimeter dan pengesan suhu terbina. Walaupun mempunyai spesifikasi kelas pertengahan, Lumigon T3 dijual pada harga $799 (~RM 3245) untuk edisi biasa dan $1200 (~RM 4874) untuk edisi saduran emas.


TIPS & ULASAN