Pokok Tropika Tertinggi Di Dunia Ditemui Di Sabah

Pokok Tropika Tertinggi Di Dunia Ditemui Di Sabah

Diterbitkan pada June 8, 2016 oleh .

Hutan hujan tropika Malaysia ialah antara yang tertua di dunia dengan usia mencecah 130 Juta tahun. Pelbagai flora dan fauna baru masih ditemui penyelidik sehingga ke hari ini. Ada di antaranya dipercayai dapat mengubati kanser. Sungguhpun begitu kawasan hutan yang masih belum disentuh manusia semakin mengecil. Di Lembangan Maliau Sabah, pokok tropika tertinggi pernah dicatatkan telah ditemui.

Pokok Meranti Kuning setinggi 89.5 meter ditemui oleh penyelidik dari Universiti Cambridge. Ia lebih tinggi berbanding panjang pesawat terbesar di dunia Antonov An 225 Mriya (84 meter). Pokok ini adalah 1.2 meter lebih tinggi berbanding pemegang rekod sebelum ini yang juga merupakan pokok Meranti Kuning yang ditemui di Taman Negara Bukit Tawau. Rekod pokok tertinggi di dunia dipegang oleh pokok Redwood setinggi 115.61 meter yang boleh ditemui di Redwood National Park California. Lembangan Maliau ialah antara tapak yang ingin diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia. Dengan penemuan ini diharap kita lebih menghargai hutan tropika yang teruk diancam pembalakan.


TIPS & ULASAN