Cari @ Amanz

Lenovo Tech World akan berlangsung esok dan peranti Moto Z dan PHAB2 Pro akan dilancarkan secara rasmi. Beberapa gambar Moto Z telahpun tertiris dan begitu juga dengan spesifikasinya. Hari ini tiba giliran gambar PHAB2 Pro pula tertiris. Peranti ini ialah peranti pertama berteknologi Project Tango dihasilkan oleh Lenovo.

Lenovo-PHAB2-Pro-tertiris-1Dari gambar yang tertiris ini jelas kelihatan tubuh yang diperbuat daripada logam. Perkara paling menarik dilihat ialah kamera utama yang terletak pada bahagian tengah panel belakang. Ia dihimpit pengimbas cap jari dan dua sistem kamera Project Tango. Ia bakal mempunyai skrin 6.4″ QHD dan mensasarkan harga jualan di bawah $500. Kita tidak perlu menunggu lama untuk spesifikasi peranti ini. Nantikan kemunculannya secara rasmi dalam masa 24 jam dari sekarang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd