Opera Memperkenalkan Fungsi Penjimatan Bateri Untuk Semua Pengguna

Opera Memperkenalkan Fungsi Penjimatan Bateri Untuk Semua Pengguna

Diterbitkan pada June 8, 2016 oleh .

Opera telah menguji fungsi penjimatan bateri pada versi pembangunan mereka sebelum ini, dan hari ini secara rasminya Opera membawa fungsi tersebut kepada versi stabil pelayar web desktop di Windows dan juga OS X.

Menggunakan fungsi penjimatan bateri ini, pengguna komputer riba yang menggunakan sistem operasi Windows dan OS X boleh menjimatkan penggunaan bateri – sekaligus melayari web untuk tempoh lebih lama berbanding menggunakan pelayar web lain. Opera mengatakan ia menawarkan masa penggunaan sehingga lebih 50% berbanding dengan Chrome.

Opera Power Saving

Opera menjayakan penjimatan bateri ini dengan mengehadkan penggunaan tenaga oleh tab yang berjalan pada latar, selain turut menghalang paparan iklan yang sering menggunakan tenaga lebih. Disamping itu, Opera turut membuat beberapa pengoptimasian ketika melayari web mahupun menonton video bagi menawarkan masa penggunaan yang lebih lama.

Bagi anda yang menggunakan pelayar web Opera, boleh mengemaskini kepada versi baru dan menikmati ciri penjimatan bateri yang dibawakan, yang mana sangat berguna untuk mereka yang menggunakan komputer riba dan bertugas diluar.

Muat-Turun Opera untuk Desktop


TIPS & ULASAN