Firefox 47 Adalah Versi Terakhir Firefox Yang Akan Menyokong Android Gingerbread

Firefox 47 Adalah Versi Terakhir Firefox Yang Akan Menyokong Android Gingerbread

Diterbitkan pada June 8, 2016 oleh .

Mozilla Firefox merupakan salah satu pelayar web popular diseluruh dunia, dan turut ditawarkan untuk pengguna peranti Android. Terkini, Mozilla telah pun mengeluarkan pelayar web Firefox 47 untuk Android, yang mana membawakan beberapa kemaskini, termasuk merupakan penawaran terakhir Mozilla untuk pengguna Android 2.3 Gingerbread.

Android 2.3 Gingerbread pada awalnya telah dikeluarkan pada penghujung tahun 2010 yang lepas, dan sejak daripadanya pelbagai perubahan telah dilakukan pada sistem operasi Android. Langkah ini mungkin diambil oleh Mozilla memandangkan beberapa fungsi tidak dapat disertakan untuk digunakan disebabkan oleh sokongan versi lamanya.

Walaupun selepas ini tiada lagi kemaskini baru akan ditawarkan untuk pengguna Android Gingerbread, pengguna yang menggunakan Firefox masih boleh kekal menggunakannya. Namun, seperti biasa, tiada sebarang kemaskini baru akan hadir – termasuk dari segi sekuriti.


TIPS & ULASAN