Cari @ Amanz

Siri Samsung Galaxy J merupakan antara keluarga peranti daripada Samsung yang mempunyai permintaan tinggi di Malaysia, dan untuk tahun ini, Samsung Malaysia menjadualkan pengenalan Samsung Galaxy J 2016 pada 15 Jun 2016 ini.

Daripada gambar jemputan media yang dihantar, Samsung dilihat akan memperkenalkan Galaxy J1, Galaxy J5 dan juga Galaxy J7 pada acara berkenaan untuk pasaran tempatan. Mungkin juga kita akan melihat penawaran beberapa pakej khas daripada Yes untuk peranti ini ketika pelancarannya.

Samsung Galaxy J1 2016

Samsung Galaxy J1 2016 membawakan skrin bersaiz 4.5-inci, dilengkapi cip pemprosesan empat-teras 1.3Ghz, memori 1GB RAM, dan kamera belakang 5-megapixel. Galaxy J1 2016 adalah yang berharga paling rendah antara ketiga-tiganya.

Galaxy J5 pula membawakan skrin bersaiz 5.2-inci, cip Snapdragon 410, memori 2GB RAM, kamera 13-megapixel dan juga bateri berkapasiti 3100mAh.

Akhir sekali, Galaxy J7 2016 pula membawakan skrin bersaiz 5.5-inci, cip lapan-teras, memori 2GB RAM, dan kamera 13-megapixel.

Samsung Malaysia dijangka akan berkongsi harga jualan rasmi dan tarikh ia mula dijual pada acara berkenaan kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd